Assalamualaikum dan selamat pagi , saya Munirah dari student MSU College belajar di peringkat sijil seni kulinari. Ini baru first time saya membuat blog ini. Jika ada kekurangan saya nak minta maaf terlebih dahulu. Dengan membuat blog ini bukan saje-saje dan bukan suke-suke. Saya membuat ni kerana untuk mengongsi pengalaman saya dalam bidang kulinari. Dalam bidang ini tak mudah untuk kita membuatnya kerana makanan ini kene ade deria rase yang sesuai untuk masyarakat-masyarakat kita. Perkhidmatan makanan ini memang amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Ouh, tetiba masuk tentang perkhidmatan makanan kan...ok perkhidmatan makanan ini dia merujuk kepada kedai makan, restoran atau pihak yang menawarkan khidmat penghidangan makanan yang telah disiap, dipesan atau dimakan. Ia juga meliputi kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Kulinari ini dia lebih kepada masakan dan katering ini pula lebih dikenali sebagai servis makanan. Perkhidmatan makanan boleh buat dalam ala carte dan layan diri. Ala carte maksudnya barangan yang mempunyai harga dan dipesan secara asing dan tersendiri. Alahai panjang pulak saya membebelkan..tak pe-tak pe saya saje nak mengongsi dengan korang semua mane tahu ade masyarakat kat luar sane yang tak tahu tentang semua ni kan..better saya terangkan daripada awak ternganga tak tahu ape benda..hehhehhe..ok baiklah masuk kepada topik tadi.
Selain itu, korang mesti bosan asyik makan kat rumahlah...asyik lauk yang samelah...asyik makan restoran yang samelah..haa..kat sini saya nak kongsikan makanan yang paling menarik dan yang paling sedap di restoran antaranya memang tak lain tak bukan mesti korang tahu punye..adalah Melaka. Kat Melaka memang makanan famousnya asam pedaslah..mesti korang suke makan asam pedas kan..ade setengah yang tak suke..x pe..saya kongsi je dapat pahala haha..tgk kat bawah ye..
Antara tempat makan yang paling famous di melaka ialah :
1. Kota Laksamana Asam Pedas Claypot Melaka
2. Asam Pedas Selera Kampung
3. Asam Pedas Pak Man
4. Asam Pedas Hajah Rahmah
5. Asam Pedas Hajjah Mona
6. Asam Pedas Pasar Borong
Ada banyak lagi..kalau korang ade pergi satu tempat lain daripada yang saya tulis ni sharelah ye..sharing is caring..
Haaa..inilah asam pedasnye..uish nampak sedapkan dah lame tak makan..
Kemudian selain tempat Melaka ni ade macam-macam tempat famous lagi seperti Johor, Kelantan, Penang, Terengganu dan lain-lain. Selepas tu kan kat Shah Alam pon ade..tapi rasenye ramai tak tahu kot sebab restoran die macam tersorok sikit..antaranya ialah Laman Grill Steak Shah Alam. Kat sini orang yang banyak duit boleh pergi sebab mahal lagipon owner die Chef Zubir..kenal tak..mesti korang kenal die kan selalu keluar dalam Master Chef. Kalau korang dah dapat gaji ke..dapat gaji lebih ke..ade duit ke..haa..bolehlah hang pi singgah situ..ye..sekadar kongsi..ade je yang murah macam roti centulah..sebab saya pernah makan kat sane tu pon sekali je..saya tak mampu student kan hehe..makan kat sane pon sebab kene buat report bukan report polis ek jangan fikir lain pulak hahahhah..pastu saya ingat boleh jumpe Chef Zubir tu tapi die tak de..just jumpe manager die je..chefkan busy..kenelah fahamkan..mane tahu korang gi sane tetibe terjumpe chef tu..Alhamdulillah rezeki korang hehe..
Walaupon harganya mahal tapi sedap tau makanan die..memang kene dengan harganya..tapi korang kene sabarlah sebab die masak memang lame..nk bagi orang makan kan kenelah sedap-sedap kene tepati dengan rase orang. Rugi kalau tak pergi..
Sebenarnya, saya ade nak kongsikan pengalaman saya yang menawarkan perkhidmatan makanan. Tempat yang saya akan pergi antaranya ialah RnR, hotel and restaurant, hospital kerajaan dan swasta, kantin sekolah dan warung viral. Nanti saya kongsikan kepada awak semua ye sebab saya belum pergi lagi. InshaAllah kalau ade mase saya akan pergi dan kongsikan pengalaman saya kepada awak semua..Setakat itu sahaja coretan daripada saya. Sekian...
Hye..Assalamualaikum..harini saya nak sambung yang pasal menawarkan perkhidmatan makanan yang saya tulis kat atas tu. Harini banyaklah gak saya menjelajah kat semua tempat yang telah ditetapkan oleh chef sayalah iaitu RnR, hospital, kantin sekolah, restoran dan warung viral.
1) Sekolah
haa..yang ni saya pergi ke kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang. Menurut kata ketua kantin ini bahawa pemakanan yang baik merupakan keperluan asas untuk kesihatan tubuh badan. Makanan
membekalkan nutrien dan kekurangan nutrien boleh mengubah kelakuan dan menjejaskan
pencapaian akademik. Makanan merupakan keperluan yang paling asas bagi manusia. Oleh itu, makanan adalah sangat penting bagi seseorang
individu supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan.
Jika dilihat dari segi pemakanan, nutrien adalah berkaitan dengan makanan bagi
membantu kesihatan manusia. Pengambilan nutrien yang seimbang amat diperlukan untuk
membolehkan organ dalam badan berfungsi dengan normal, di samping membantu pertumbuhan
badan dan membolehkan individu menjalankan aktiviti dengan maksimum serta bekerja dengan
berkesan. Nutrien yang betul bermakna semua nutrien yang diperlukan iaitu karbohidrat, lemak,
protein, vitamin, garam mineral dan air.
Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan
Malaysia telah menganjurkan satu usahasama pada tahun 1989. Melalui usahasama ini, satu
garis panduan untuk menjadikan kantin sekolah sebagai suatu sumber bagi menggalakkan
pendidikan pemakanan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah.
Sebenarnya panjang lagi ucapan daripada ketua kantin ini tapi saya cume bagi sikit saje sebab korang bukan suke bace banyak-banyak pon kan..haa..at least saya nak kongsikan kepada anda semua bahawa makanan ini amatlah penting untuk kite semua.
Pelbagai menu yang disediakan. Memang berpatutan harganya pon murah sesuai untuk pelajar sekolah
Di sini bukan sahaja jual makanan yang berat dan ade juge ia menjual makanan-makanan yang ringan seperti kuih-muih, buah-buahan dan sebagainya
Ini adalah gambar budak SMK Seri Selayang tengah berehat mengikut waktu yang telah disediakan. Selepas selesai melawat ke kantin sekolah saya melawat ke tempat yang ade perkhidmatan makanan di hospital swasta dan juga kerajaan yang dikenali sebagai kafeteria.
2) Hospital
Ini adalah hospital kerajaan dekat selayang. Disini terdapat Perkhidmatan Sajian Makanan Hospital Selayang telah di’outsourced’ kepada syarikat luar melalui tender sajian makanan yang dikendalikan oleh Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia setiap 3 tahun.
penghidangan makanan di wad. Selain itu juga, survey tahap kepuasan pelanggan hanya untuk hidangan ringan diet diabetik sahaja
Perkhidmatan Sajian Hospital Selayang:
Ia terdiri daripada seorang Pegawai Penyediaan Makanan, 3 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, dan 2 orang Pembantu Tadbir. Pemantauan Perkhidmatan Sajian 'Outsource' dalam mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polis-polis, pekeliling - pekeliling dan arahan yang ditetapkan. Pemberian kupon makanan kepada Pegawai Perubatan bertugas-atas panggilan mengikut kelayakan ditetapkan oleh Pengarah Hospital berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengendalian dan penyimpanan produk formula. Kafeteria Staf dan juga Kafeteria Awam. Kemudian mereka harus memastikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan makanan yang dijalankan oleh setiap kafeteria mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Melatih dan membimbing pelajar IPTA untuk kursus perkhidmatan makanan dan sistem katering hospital. | Hidangan | Waktu Hidangan di Wad |
| Sarapan | 7.00 pagi |
| Minum Pagi | 10.00 pagi |
| Makan Tengahari | 12.00 tengahari |
| Minum Petang | 3.00 petang |
| Makan Malam | 6.30 petang |
| Minum Malam | 9.00 malam |
Bekerjasama dengan beberapa jabatan/unit lain dalam menyelaras kafeteria di Hospital Selayang:
Perkhidmatan Sajian Makanan Secara 'Outsource':
Perkhidmatan sajian makanan Hospital Selayang akan dibuka tender setiap 3 tahun. perkhidmatan sajian makanan secara outsource melibatkan perkara-perkara seperti pesanan diet dari wad, pesanan, pembelian, penerimaan penyimpanan , pengurusan stor, penyediaan memasak, penghidangan makanan, pengagihan makanan di Trayline danpenghidangan makanan di wad. Selain itu juga, survey tahap kepuasan pelanggan hanya untuk hidangan ringan diet diabetik sahaja
di sini pelbagai kedai-kedai makanan, mainan dan juga pakaian
ni tempat masuk yang menuju ke kafeteria
nilah kafeterianya walaupon agak kabur tapi korang still nampakkan
pelbagai makanan yang ada kat kafeteria ni seperti masakan melayu, france , japan dan macam-macam lagi..rugi tak rase..
abang ni tengah buat omelet egg dan sebelah die ade bubur. Selain itu, ade juga yang jual buah-buahan, pelbagai minuman, wafer serta kuih-muih
haa..ni tempat makan memang selesa dan juga banyak tempat duduk..so korang jangan lupe lawat hospital ni ye..:)
ni gambar saya yang berada di depan pintu masuk kafeteria
Kemudian saya melawat pula ke hospital yang kedua iaitu hospital swasta..mari kite tengok
Inilah Hospital Columbia Asia..mesti korang pernah pergi kan..sape tak pernah kann..hehe..
Perkhidmatan makanan di sini menurut kumpulan syarikat Columbia Asia, Ravi Raj, bahawa pemberian makanan berkualiti dan berzat menjadi keutamaan kafe Columbia di setiap hospital Columbia Asia. Pemakanan yang baik sangat penting untuk pesakit yang ingin pulih. Ia diperlukan untuk memperbaiki hasil rawatan serta juga boleh menjimatkan kos. Sekiranya makanan berzat serta berkualiti diberi, tempoh pesakit tinggal di hospital lebih singkat. Ramai yang tidak menyedari pemakanan di hospital menjadi sokongan untuk pesakit yang kekurangan zat. Bagi pesakit diabetes, mereka juga memerlukan makanan yang berbeza daripada pesakit lain. Misalnya, pesakit diabetes perlu memakan makanan yang mengandungi kurang gula. Minum susu yang khusus untuk diabetes. Secara keseluruhannya, pesakit perlukan makanan yang cukup zat dan seimbang. Tidak seperti hospital lain, pesakit boleh memilih menu yang ditetapkan mengikut keadaan penyakit pesakit tersebut. Selain itu, mereka juga akan memastikan makanan dan cafe dalam keadaan yang bersih. Proses penyediaan dilakukan oleh tukang masak terlatih. Pekerja yang menghantar makanan ke bilik pesakit juga sentiasa kemas dan bersih. Setiap pesakit yang tinggal di wad akan diberi makan enam kali setiap hari. Ini termasuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam. Uniknya, minum petang bukanlah hidangan kuih-muih bersama minuman tetapi pra makan malam seperti sup sayur-sayuran. Selain menyediakan makanan, pihak hospital turut mendidik pesakit tentang pemakanan yang sihat. Misalnya, pesakit dididik tentang kebaikan yogurt. Gambar dibawah ini merujuk kepada cafe tersebut.
ini cafeterianya..penuh kehijauan :P
kat sini juga banyak makanan seperti pasta, mee, makanan yang berlauk, kuih-muih,roti,dan minuman
harganya pon x delah mahal sangat..sedang-sedang je..minuman yakult saya beli tadi pon dalam RM1.30 je..
ni bukti saya pergi ke hospital ni..heee
Selepas itu, saya pergi ke RnR di Sungai Buloh
3) RnR
Kalau kita melalui highway untuk perjalanan yang jauh sudah tentu kawasan rehat dan rawat (R&R) adalah menjadi tempat tumpuan orang ramai. Jom kita tengok ada apa di Restoran Jejantas R&R Sunai Buloh. Parking sudah tentu, memang luas dan tidak sempit serta cukup untuk orang yang nak datang melawat di sini.
di sini kedai jualan yang ada di RnR tersebut..ade banyak lagi..leklu..
kat lorong ni ada beberapa restoran makanan segera, KFC, Burger King dan juga A&W. yang local, Sate Kajang Samuri pun ada.
ni tempat makan yang berada di belakang..tempat makanannya ade depan dan di belakang. Memang mudahlah orang nak makan kat sini. Macam-macam pilihan yang ade kat sini..
Tempat makan adalah menjadi salah satu sebab kenapa kita berhenti. Kat sini ada Dunkin Donut. So kepada penggemar donut jangan le risau ya. Maybe boleh gak beli untuk bagi kat orang yang tersayang. Di sebaris dengan kedai Dunkin Donat ini ade juga kedai yang selalu disebut orang iaitu kedai Sate Kajang. Sate Kajang ini memang di viralkan dan memang popular di sekitar masyarakat. Saya pergi ke sana pada waktu petang. Kat situ memang ramai gila orang sampai tak muat temapt duduk,,memang penuh satu kedai, So jemputlah datang ke sini ye..rugi tak makan sate minang ni memang sedap dan lazat. Harga juga berkualiti.
ni kedai makan yang berada di depan..memang banyak kedai makan di RnR ni..rugi korang tak pergi..
ini adalah gambar orang yang berada di rnr jejantas Sungai Buloh tersebut
kat luar ni juga ade tempat rehat yang korang boleh duduk bersantaiLetih-letih boleh rehat kat pondok. sambil makan, mungkin yang bawa bekal, boleh juga baca newspaper kat sini ya.
Ini bukti gambar saya yang pergi ke Jejantas RnR di Sungai Buloh tersebut. Ada banyak saya soal pasal gambar saya kan sebab tulah saya nak share dekat korang. Bukti yang saya ni pergi dan bukan hanya sekadar pengopian orang punye je..
Seterusnya, saya pergi ke Restaurant Secret Recipe yang lebih dikenali kepada restoran family. Mari kite tengok apa yang ada di bawah.
4) Restoran Family
Sebut sahaja kedai kek yang enak dan tidak mengecewakan di Malaysia pasti lidah akan ringan menyebut perkataan Secret Recipe kerana keknya tidak pernah mengecewakan pencinta pencuci mulut. Mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja tahu bagaimana wujudnya jenama Secret Recipe di Malaysia oleh individu yang berasal daripada Kota Baharu dan Kelantan. Secret Recipe yang diasaskan pada 1997 terus mendapat nama dan menjadi popular melalui kek gourmet keluarannya yang mempunyai kualiti hebat. Kafe pertamanya telah dibuka di Petaling Jaya, Selangor di mana ia menyediakan konsep baharu bagi perniagaan kek dan kopi dalam memberi kelainan kepada penggemar makanan tersebut. Secret Recipe Cakes & Cafe’s boleh didapati di lokasi utama kawasan bandar dan pusat membeli-belah utama di rantau ini termasuk Singapura, Malaysia, Jakarta, Bangkok, Manila, Brunei dan Shanghai.
Kafe ini juga diiktiraf dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ia turut menawarkan perkhidmatan ruang makan yang mesra dan peribadi bagi pelanggan dengan menggabungkan konsep dalaman yang bertenaga dan kontemporari dengan suasana selesa dan makanan yang lazat.Tidak ketinggalan, Secret Recipe juga menyediakan ruang yang selesa dan besar bagi membolehkan pelanggan menikmati makanan yang lazat dan berkualiti bersama rakan-rakan atau keluarga semasa hari cuti bekerja. Secret Recipe juga komited untuk mematuhi piawaian penyediaan makanan dan pemprosesan semua di restoran mengikut garis panduan kawal selia, (HACCP) dan pembungkus produk yang didaftarkan untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk di samping sebagai kaedah penggalak pemasaran (VHM). Selain aneka kek yang mengiurkan, Secret Recipe turut menawarkan pelbagai makanan seperti, Tom Yam Kung, Nasi Goreng dengan Satay, Lasagna, Spagheti, Chicken Cordon Bleu dan pelbagai lagi.
Ini adalah kek yang terdapat di Secret Recipe. Antaranya ialah raspberry cheese, chococlate cheese, durian cheese, choccolate indulgent cake. newyork cheese dan banyak lagi. Selain cheese ade juga yang lain contohnya red velvet dan lain-lain. Yang paling saya gemari ialah New York Cheese Cake. Saya memang gemar cheese sebab tu saya tulis banyak yang kek cheese heee..mane yang tak bape suka cheese ade juga kek-kek yang lain jangan risau ye..
Ini saya bersama Chocolate Cake. Bukan saya seorang je yang pergi..saya juga pergi dengan kawan-kawan saya. Mereka juga mengidam nak makan kek maklumlah kek kan mahal so dapatlah sekali sekala mereka makan di sini.
5) Warung Viral
Mango Float Royale Melaka ini juga merupakan salah satu kedai atau menu viral yang terdapat di Melaka. So skarang ni Mango Float Royale ni dah pon viral di merata-rata tempat. Mango Float Royale ni memang serius sedap..mesti korang dah pernah minumkan..haa..yang mane yang tak pernah minum lagi tu trylah minum..rugi tau tak minum..memang sedap sebab die bukan buat air dengan perwarna tau die buat air dengan buah mangga yang dipetik segar dari pokok. Memang segar gilelah kalau minum..kalau dah rase mesti nak lagi. Saya pergi sana time tu waktu pagi..waktu pagi-pagi ni orang tak ramai..bile dah waktu petang memang serius ramai sangat orang yang pergi beli kat situ sampai beratur memanjang. Memang lakulah kedai tu. Air dahlah sedap harganya pon berpatutan..Pekerja-pekerjanya pon bekerja dengan ikhlas bertungkus lumus mencari rezeki. Bak kata pakcik yang bekerja kat situ " kite jual makanan kenelah ikhlas dan bersabar serta kite berikan makanan yang halal kepada masyarakat. Dan kite harus bersyukur dengan rezeki apa yang kita ada. Rezeki itu bukan datang dari langit tapi rezeki itu datang dari diri sendiri. Kita mestilah doa agar kita akan ditambahkan rezeki walaupon lambat ataupon cepat DIA tetap akan beri kepada kita. Asalkan kita tabah,sabar serta bersyukur". Memang kalau nak berniaga ni hati kena sabar tau sebab nak berniaga ni bukannya mudah..ada stengah kedai yang tak lakulah, ada yang lakulah macam-macam lagi. So kat sini saya just nak bagi pengajaran sikitlah ye..harap maaf. And again jangan lupe ye singgah ke Mango Float Royale ni..kat mane-mane tempat ada..korang search je dalam google nanti die keluarlah..Jangan risau kat semua tempat adelah cayelah..Shah Alam, Melaka dan sebagainya..pergi ye mane yang tak pernah pergi lagi tu..memang terbaik..
nilah gambar Mango Float Royale tu..memang terliur rase nak minum lagi je..jom singgah
So setakat ini sahaja saya nak berkongsi dengan korang semua and sebagai kesimpulannya tak semua perkhidmatan makanan ni sempurna ada yang bagus dan ada yang tak bagus sama juga dengan manusia..manusia ni tak semua sempurna kan..so korang kenalah bersyukur apa yang ada di Malaysia ini. Bila kita dapat makanan ni mesti nikmat gila kan so korang kena hargai apa yang korang ada. Bukan macam orang yang di luar sana mereka tak ada pon makanan yang sedap-sedap macam korang..rasa kesian pon ada tapi tak mampu nk tolong..so kat sini korang dah kira bersyukur dah dengan apa yang korang ada..emm saja je nak beri kata-kata nasihat yang berguna kat korang..kalau tak nak baca pon tak pe..saya faham dengan budak-budak zaman sekarang ni..hmm..tak pelah..And lagi satu perkhidmatan makanan adalah sangat penting dalam setiap makanan yang berada di restoran , hotel dan sebagainya.



































nice la niii...apa idea boleh la kita discuss nanti
BalasPadamokay :)
Padamomg 😱
BalasPadamhhahaha :p
PadamI hope i can taste it
BalasPadam;)
PadamNanti kak siti kena belanja aina kat situ. Hahaha
BalasPadamhahahah boleh2 tunggu kite ade duit lee hehe
PadamWish to see more updates from you. 👍👍👍
BalasPadamalright :)
PadamGood 😍
BalasPadamhehe tq
Padamcun laa blog dy
BalasPadamhahahaha kau pon ape kurangnye..btw teruskan usaha :)
Padam